Sekiranya anda mengakses sistem SPaPa ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat yang mengikat anda merupakan satu perjanjian diantara anda sebagai pengguna, dengan Pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta.
Pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.